Saturday 10 December 2011

PENGERTIAN SOLAT


Dari sudut bahasa, solat biasanya diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Pengertian ini terdapat di beberapa tempat di dalam kitab suci alQuran. Antaranya, firman Allah swt :
               

 
(Surah at-Taubah 9:103)
          
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    
Firman Allah lagi,
          


(Surah al-Ahzab 33 : 56)
       
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

       Manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan dengan
  • ulama' Fiqh menggambarkan solat secara lahiriyah sahaja iaitu  "beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan  dengan takbir dan disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beibadah kepada Allah S.W.T., dengan mengikut semua syarat yang ditentukan."
  • Manakala ulama tasawwuf pula menyatakan pengertian solat secara batin iaitu" Menghadapkan jiwa kepada Allah S.W.T. secara yang boleh mendatangkan rasa takut kepada-Nya, dan melahirkan ke dalam jiwa rasa keagungan, kemuliaan, kebesaran, kesempurnaan dan kekuatan-Nya."
Semasa mengerjakan solat, kedua-dua pengertian ini mestilah hadir secara seiringan. Sekiranya solat itu dilaksanakan dengan  menghadirkan kedua-duanya, maka di sini akan menimbulkan roh solat iaitu menjadikan solat lebih sempurna dan berkesan, dan dari sinilah lahirnya kemanisan dalam mengerjakan solat.

No comments: