Monday 12 December 2011

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT

Ibadat solat merupakan satu kewajipan yang difardhukan ke atas umat Islam, namun untuk menentukan kefardhuan ibadat itu, terdapat beberapa syarat iaitu

 1.  Beragama Islam
  • solat tidak wajib bagi orang kafir kerana mengucap dua kalimah syahadah adalah syarat perintah solat. dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud
      • "Serulah mereka agar bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Jika mereka taat kepadamu melaksanakannya, maka katakan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan perlaksanaan solat lima kali sehari semalam"
                                                                                                              (hadis riwayat al-Bukhari)
2.   Berakal
  • Solat tidak diwajibkan kepada orang yang gila
3.   Baligh
  • Solat tidak diwajibkan kepada kanak-kanak sehinggalah mereka bermimpi atau sampai umur, tetapi mereka tetap diperintah melaksanakannya sebagai latihan. 
  • Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud
      • "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila sudah mencapai usia tujuh tahun, dan pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat setelah mencapai usia sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka."
4.   Masuk waktu solat
  • Tidak wajib solat sebelum masuk waktunya
  • http://www.e-solat.gov.my/
  • Firman Allah SWT yang bermaksud, 
      • " Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman"

5.   Bersih dari Haid dan nifas
  • Tidak sah slat bagi kaum perempuan yang dalam keadaan haid dan nifas sehinggalah dia suci darinya.





Sunday 11 December 2011

SYARIAT SOLAT KEPADA NABI TERDAHULU

 

Allah SWT telah mengutuskan para nabi bermula dari nabi Adam a.s. dan berakhir dengan Nabi Muhammad saw dengan membawa misi menegakkan konsep tauhid dan mengesakan Allah SWT. Ibadat solat telah disyariatkan dalam setiap risalah para nabi  semenjak dari dahulu hingga zaman ini. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan mengenai pensyariatan solat  kepada nabi terdahulu. Antaranya
Firman Allah SWT.
Surah al-Baqarah 2 : 125


Maksudnya:
Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Firman Allah lagi

(Surah al-Anbiya' 21:73)


               
 
Dan Kami jadikan mereka (Ishaq dan Ya’kub) sebagai pemimpin yang memberi petunjuk (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat; dan hanya kepada kamilah mereka selalu mengabdikan diri.


Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa ibadat solat telah disyariatkan di dalam ajaran Nabi Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya'kub a.s.. Allah SWT berfirman yang ditujukan kepada Nabi Sulaiman a.s., firmannya:
           
surah Shad 38: 31-32
       
Ingatlah ketika dipertunjukkan kepada Sulaiman kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti  dan pantas ketika berlari pada waktu petang. Maka dia berkata  " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam".
 Menurut setengah ahli tafsir mengatakan bahawa ungkapan "kepada Tuhanku" dalam ayat di atas maksudnya ialah Solat Asar. Nabi Sulaiman terlalu berminat dan suka dengan kuda, sehingga bagida telah terluput mengaerjakan Solat Asar.
Allah SWT telah berfirmana kepada Nabi Musa a.s.:
                
surah Thaha 20:14
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku"
Seterusnya Allah SWT telah memerintahkan Nabi Isa a.s. supaya mendirikn solat selagi baginda masih hidup. Firman Allah SWT.
Surah Maryam 20: 14
                  
Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat selagi aku hidup.
     
Begitulah, kenyataan dalil-dalil al-Quran yang dipaparkan menunjukkan bahawa solat adalah ibadat asal yang disyariatkan dalam risalah para nabi terdahulu.
Nabi Muhammad saw telah menerima perintah kewajipan solat semasa peristiwa Isra' dan Mi,raj iaiatu berlaku lima belas bulan selepas kerasulan Nabi Muhammad saw. Pada malam Isra' dan Mi'raj inilah Allah SWT telah mewajcara melakukan solat ibkan solat fardhu lima waktu kepada baginda dan umatnya. kemudian pada keesokan harinya, ketika matahari tergelincir, Allah mengutuskan Malaikat Jibril supaya mengajarkan  cara melakukan solat dan waktunya kepada baginda. Ini berdasarkan kepada hadis Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud  
"Jibrail a.s. telah mengimamkan aku di sisi kaabah sebanyak dua kali. Malaikat Jibrail mendirikan solat Zohor bersama ku ketika matahari sedang gelincir.  Kemudian Malaikat Jibrail mendirikan solat asar bersamaku ketika bayang sesutu objek sama panjang dengan objek itu. Kemudian Jibrail mendirikan solat maghrib bersamaku ketika orang yang berpuasa berbuka puasa, kemudian Jibrail menunaikan solat Isyak ketika tenggelamnya syafaq (kemerahan di kaki langit). kemudian Jibrail mendirikan solat Subuh bersamaku ketika orang yang akan berpuasa diharamkan makan dan minum. Pada keesokan harinya pula, Jibrail mendirikn solat Zohor bersamaku ketika bayang sesuatu objek itu sama panjang dengan objek itu. Kemudian Jibrail mengerjakan solat Asar ketika bayang sesuatu objek itu panjangnya dua kali ganda objek asal. Kemudian Jibrail mendirikan solat Maghrib bersamaku sewaktu orang berpuasa berbuka puasa. Kemudian Jibrail mendirikan solat Isyak bersamaku ketika satu pertiga malam dan Jibrail mendirikan solat fajar bersamaku ketika matahari telah shafa' (cerah), kemudian jibrail berpaling kepadaku sambil berkata : Wahai Muhammad, inilah waktu solat para nabi sebelummu dan waktu solat ialah di antara kedua-dua waktu ini."
Berdasarkan hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa waktu solat lima waktu, bentuk dan caranya yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat telah difardhukan melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj. Dengan ini bererti perbuatan solat yang terdiri daripada qiyam, ruku', sujud, tahiyyat awal dan akhir, salam dan bacaan al-Quran yang terdapat di dalamnya bukanlah rekaan Nabi Muhammad saw, tetapi merupakan perintah daripada Allah SWT dan diutuskan Malaikat Jibrail untuk mengajarkannya.