Cara perlakuan solat yang betul
1.Niat solat fardhu
1. Solat subuh
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”
ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا للهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”
iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا للهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا للهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.
Allah Akbar”.
berdiri betul |
2. Berdiri betul
- Berdiri mengadap kiblat
- Dalam keadaan tegak tulang belakang
- disunatkan memandang ke bawah atau ke tempat sujud
3. Takbiratul Ihram
Mengangkat tangan dan melaungkan lafaz
mengangkat takbiratul ihram |
- Dalam keadaan berdiri
- Mengadap kiblat
- Dilafazkan dalam bahasa Arab.
- Mendengar semua huruf yang dilafazkan
- Ketika lafaz, disertai niat dalam hati.
4. Membaca surah al-fatihah
membaca fatih |
- Bacaan didengari dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik.
- Membaca ayat dengan tertib serta jelas sebutan huruf dan bacaan bersabdu.
- Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan makna.
- Dilafazkan dalam bahasa Arab.
- Menyempurnakan bacaan dalam keadaan berdiri.
5. Rukuk serta tamakninah
bacaan semasa rukuk |
- Badan hendaklah dibongkokkan sehingga ke dua tangan boleh memegang ke dua kepala lutut.
- Membaca bacaan semasa rukuk.
Maha mendengar Allah bagi sesiapa yang memujinya. Tuhan kami, bagimu segala kepujian. |
- Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah
- Membaca bacaan semasa iktidal
7. Sujud
- Sujud ialah sentuhan dahi seseorang ketika bersolat di tempat sujud dan dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu permukaan yang ditanggung atau bersambung dengan bada seperti pakaian telekung atau songkok.
- Tujuh anggota sujud ialah
- dahi
- dua tapak tangan
- dua lutut
- dua perut jari kaki
- Bacaan semasa sujud:
8. Duduk antara dua sujud
- Duduk iftirasy ketika duduk antara dua sujud.
- Duduk iftirasy ialah duduk di atas tapak kaki kiri dan menegakkan atau mendirikan tapak kaki kanan.
9. Duduk Tahiyat Akhir ,membaca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw
- Duduk tahiyat akhir ialah duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai.
- Bacaan ketika duduk tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
10. Memberi salam
Melafazkan kalimah
- mengucapkan salam sambil menoleh ke kanan tanda keluar daripada solat.
- Disunatkan memberi salam kedua dengan lafaz salam sambil menoleh ke kiri.