Sunday, 18 September 2011

Cintai Solat

Wahai anak-anakku yang dikasihi, Apa itu solat ya. Saban waktu apabila azan berkumandang, kita digesa untuk menunaikan solat. tetapi adakah kita memahami erti solat. Solat itu ialah ibadah yang terdiri dari perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul Ihram dan diakhiri dengan salam.
                                     
  


Cara perlakuan solat yang betul 


1.Niat solat fardhu


1. Solat subuh
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا للهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا للهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”

v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا للهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.


berdiri betul


2.  Berdiri betul
  1. Berdiri mengadap kiblat
  2. Dalam keadaan tegak tulang belakang
  3. disunatkan memandang ke bawah atau ke tempat sujud






3.   Takbiratul Ihram
      Mengangkat tangan dan melaungkan lafaz 
mengangkat takbiratul ihram

  • Dalam keadaan berdiri
  • Mengadap kiblat
  • Dilafazkan dalam bahasa Arab.
  • Mendengar semua huruf yang dilafazkan
  • Ketika lafaz, disertai niat dalam hati.                                                  




4.   Membaca surah al-fatihah 
membaca fatih

  • Bacaan didengari dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik.
  • Membaca ayat dengan tertib serta jelas sebutan huruf dan bacaan bersabdu.
  • Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan makna.
  • Dilafazkan dalam bahasa Arab.
  • Menyempurnakan bacaan dalam keadaan berdiri.



5.   Rukuk serta tamakninah 
bacaan semasa rukuk
  • Badan hendaklah dibongkokkan sehingga ke dua tangan boleh memegang ke dua kepala lutut.
  • Membaca bacaan semasa rukuk.





perlakuan iktidal
6.   Iktidal


Maha mendengar Allah bagi sesiapa
yang memujinya. Tuhan kami, bagimu
segala kepujian.
  • Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah
  • Membaca bacaan semasa iktidal





7.  Sujud

  • Sujud ialah sentuhan dahi seseorang ketika bersolat di tempat sujud dan dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu permukaan yang ditanggung atau bersambung dengan bada seperti pakaian telekung atau songkok.
  • Tujuh anggota sujud ialah                   
    • dahi
    • dua tapak tangan
    • dua lutut
    • dua perut jari kaki
  • Bacaan semasa sujud:










8.   Duduk antara dua sujud
  • Duduk iftirasy ketika duduk antara dua sujud.
  • Duduk iftirasy ialah duduk di atas tapak kaki kiri  dan menegakkan atau mendirikan tapak kaki kanan.
  • Bacaan ketika duduk  antara dua sujud :




9. Duduk Tahiyat Akhir ,membaca tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw
  • Duduk tahiyat akhir ialah duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai.
  • Bacaan ketika duduk tahiyat akhir dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.




10.   Memberi salam
Melafazkan kalimah
          • mengucapkan salam sambil menoleh ke kanan tanda keluar daripada solat.
          • Disunatkan memberi salam kedua dengan lafaz salam sambil menoleh ke kiri.










1 comment:

Siti Fatimah bt Asin said...

Bahan ni sangat bermanfaat sebagai panduan kepada anak - anak kita.